中文(簡) l 中文(繁) l English l Malay  
   
   
     
 
COMPANY
Ucapan Presiden
Ucapan Naib Presiden
Tentang kami
 
 
 


Ucapan Naib Presiden

Encik William Mok
Naib Presiden


Saya percaya bahawa ramai yang mengenali D’Tone dan D’Green. Di antara mereka, mungkin terdapat sesetengah orang yang berjaya mengurangkan berat badan melalui D’Tone dan D’Green, dan kini telahpun menjalani hidup mereka dengan lebih yakin, cantik, gembira, sihat dan ceria.

Jenama We Beauty mungkin juga tidak dikenali oleh segelintir orang, namun bukan untuk saya. Bagi saya, ia merupakan satu titik penukaran hidup dan satu cabaran dalam kerjaya saya. Saya mempunyai perasaan yang bercampur-aduk apabila saya mengimbas kembali segala rintangan yang dihadapi masa lalu. We Beauty dan produknya, D’Tone dan D’Green, telah membantu ramai individu yang mengalami masalah kegemukan mencari semula keyakinan mereka.

Setiap tahun, sebanyak RM 12 bilion dilaburkan dalam pasaran produk mengurangkan berat badan. Maka, potensi dan peluang dalam pasaran ini adalah tinggi. Keadaan ini telah menyebabkan ramai francais memasuki pasaran Malaysia dan mengakibatkan tekanan dan kesulitan yang mendadak kepada banyak pusat kesihatan dan kecantikan yang bersaiz kecil dan medium.

We Beauty telah dapat menjangkakan keadaan ini dan menyediakan satu strategi pasaran dengan bekerjasama dengan pengusaha dan pemilik perniagaan dari industri kecantikan, fesyen dan butik, spa dan makanan organik. Kerjasama antara satu sama lain membolehkan kami mampu meningkatkan peluang perniagaan dan mengembangkan perniagaan dalam lima industri ini.

Peruncit Setor Lite We Beauty akan dapat mendahului pengusaha lain kerana mereka dapat keuntungan melalui program anugerah dan bonus kami. Setiap Setor Lite We Beauty mempunyai unit pameran, TV LCD dan produk pameran yang diselaraskan.

TV LCD akan menyiarkan keberkesanan produk, bukti dan maklumat produk. Pemilik tidak perlu bimbang tentang kursus latihan untuk pekerja-pekerja mereka sementara pelanggan akan dapat mengetahui lebih tentang produk kami. Ia membantu untuk menjimatkan masa dan tenaga sementara mendorong perniagaan mencapai profit yang lebih tinggi.

Kami juga mempunyai seorang perunding profesional yang amat berpengalaman untuk memantau program Setor Lite We Beauty. Program ini telah berjalan lancar di bawah pengawasan beliau dan beliau juga telah banyak menyumbangkan pengetahuan beliau tentang pengurusan setor dan kewangan, kursus dan perusahaan kepada peruncit-peruncit kami.

Kepada semua rakan perniagaan kami, bersama-sama dengan program Setor Lite We Beauty, kami akan berkembang dengan maju jaya dalam masa beberapa tahun yang akan datang kerana kami telah mendapat keuntungan yang lumayan dalam masa singkat. Kami haruslah berusaha bersama untuk mencipta satu masa hadapan yang lebih cerah.






 

 

MR WILLIAM MOK
Naib Presiden

 
 
 
 


 
Mengenai syarikat .Terma dan syarat . Penyataan sah
Copyright © 2010 We Beauty Marketing Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.
Kami berada di sini