
|
berasal daripada Good Manufacturing Practice, ia adalah satu sistem yang menumpu secara khas ke atas kualiti pengeluaran, kebersihan dan keselamatan. Satu kilang pengeluaran makanan yang beramalan baik akan memenuhi panduan profesional dalam pengeluaran, pembungusan, penyimpanan, pekerja berkemahiran, bangunan, kemudahan, penyediaan radas, kebersihan, pemprosesan dan pengawalan kualiti. Selain itu, ia harus juga mengamalkan Kawalan Analisis Kritikal (HACCP) untuk mengelakkan bekerja dalam keadaan tercemar atau mencemarkan persekitaran. Selain itu, ia juga untuk mengurangkan kesilapan dan membentuk satu sistem kualiti yang menyeluruh untuk memastikan pengeluaran makanan yang berkualiti, bersih dan selamat.
|